Program organisasi bilik darjah


















SlideShare uses cookies to improve functionality and performance, and to provide you with relevant advertising. If you continue browsing the site, you agree to the use of cookies on this website.

See our User Agreement and Privacy Policy. See our Privacy Policy and User Agreement for details. Create your free account to read unlimited documents. The SlideShare family just got bigger. Home Explore Login Signup. Successfully reported this slideshow.

We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime. Next SlideShares. You are reading a preview.

Create your free account to continue reading. Sign Up. Upcoming SlideShare. Acc bab2. Embed Size px. Start on. Show related SlideShares at end. WordPress Shortcode. Share Email. Top clipped slide. Apakah jenis gaya pembelajaran yang perlu diketuai oleh seorang guru? Ketika seseorang dalam proses belajar mereka akan menjumpai gaya belajar yang sesuai dengan diri mereka. Menurut Deporter dan Hernacki gaya belajar merupakan kombinasi dari bagaimana ia menyerap kemudian mengatur serta mengolah informasi.

Terdapat 3 jenis gaya pembelajaran mengikut buku Quantum Learning iaitu gaya visual, auditori dan kinestetik V.

K as Ia menggunakan material atau media yang boleh dilihat atau memberi pendapat melalui pemerhatian. Contoh material ialah buku, poster, majalah, rangka tubuh manusia, peta dan lain-lain.

Gaya belajar auditori bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi. Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau kerja berkumpulan. Penyentuhan dengan objek sangat digemari kerana ia boleh dirasai oleh diri. Gaya pembelajaran ini melibatkan kegiatan fizik, menghasilkan model, berjalan dan pergerakan. Apakah pengurusan bilik pembelajaran yang berkesan?

Dalam membuat perancangan pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain perancangan pengajaran, guru ju fatin Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi.

Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendiri di kalangan murid-muridnya.

Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-pembelajaran. Sebagai pengelola juga, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah: 1. Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid. Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.

Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran. Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.

Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya. Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Cara komunikasi guru yang berkesan dalam proses PdP 1. Praktikkan gaya kepimpinan demokratik. Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti. Gunakan kaedah berkumpulan. Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran.

Menggunakan alat bantu mengajar yang berteknologi. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan.

Total views 7, On Slideshare 0. From embeds 0. Number of embeds 8. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap berlaku.

Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.

Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan.

Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri.

Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas.

Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.

Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah.

Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas.

Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil. Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah.

Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan.

Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan. Burrhus Frederic Skinner memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia.

Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu.

Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya.

Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.

Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan.

Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru.

Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini.

Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut.

Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang.

Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.

Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid.

Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid.

Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar. Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid.

Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut.

Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru.



0コメント

  • 1000 / 1000