The SlideShare family just got bigger. Home Explore Login Signup. Successfully reported this slideshow. We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads.
You can change your ad preferences anytime. Next SlideShares. You are reading a preview. Create your free account to continue reading. Sign Up. Upcoming SlideShare. Ekonomi - Kemiskinan. Embed Size px. Start on. Show related SlideShares at end. WordPress Shortcode. Share Email. Top clipped slide. Download Now Download Download to read offline.
Dasar ekonomi dr mahathir Download Now Download Download to read offline. Suhailah Fauzi Follow. Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong. Jenis kerosakan jalan raya. Faktor nature dan nurture. Integrasi nasional. Cantiknya wanita. Related Books Free with a 30 day trial from Scribd. Dry: A Memoir Augusten Burroughs. Related Audiobooks Free with a 30 day trial from Scribd. Empath Up! So you do not need to waste the time on rewritings.
Flowerbutterfly Nurt , Student at Sintok. Views Total views. Actions Shares. No notes for slide. Dasar ekonomi dr mahathir 1. Kaum Melayu pada masa itu ketinggalan jauh ke belakang dalam semua sektor ekonomi. Kemudian, datangnya penjajah British dan Jepun telah memburukkan lagi keadaan di negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak penjajah telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh asing dari negara luar seperti Cina dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Akibat daripada pertambahan dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, jalan keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Sebanyak Jadi, penggubalan dasar ekonomi telah dibuat bagi membangunkan ekonomi kaum bumiputera khasnya penduduk tanah melayu.
Melalui penggubalan dasar ekonomi secara tidak langsung kerajaan dapat merangka rancangan pembangunan secara berperingkat-peringkat. Ianya bertujuan untuk menitikberatkan pertumbuhan dan perbaharuan ekonomi negara Malaysia. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih, Cekap, Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dalam kalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya.
Beliau juga turut memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada semua kakitangan kerajaan. Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.
Selain itu, beliau turut memperkenalkan pelbagai slogan, dasar dan konsep baru. Dalam pembangunan ekonomi negara, Tun Dr.
Mahathir Bin Mohamad telah memperkenalkan beberapa dasar ekonomi seperti dasar pembangunan nasional iaitu dalam rangka rancangan jangka panjang kedua. Bagi kemudahan-kemudahan awam, peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan bekalan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna kian meningkat. Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum. Justeru itu melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa strategi utama telah digubal sebagaimana berikut:. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden.
Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum negara menjelang Semenjak pelancaran DEB, kemajuan yang dicapai agak besar. Pihak yang bertanggungjawab iaitu pemegang-pemegang amanah telah berjaya membantu meningkatkan produktiviti dan daya pengeluaran Bumiputera dalam semua sektor terutamanya melalui pembiayaan pelaburan, program-program usahawan, dan lain-lain perkhidmatan bantuan.
Penyertaan secara langsung dalam sektor ekonomi telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Bumiputera. Pendapatan kaum Bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan menurun daripada Pada tahun , kadar kemiskinan telah menurun dengan kadar 8.
Selain itu, peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB ini terbukti apabila didapati inflasi berjaya dkekalkan pada kadar 4. Kadar kemiskinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada Penyusunan semula corak guna tenaga. Oleh itu, lebih ramai orang Melayu diserapkan supaya tidak mempunyai jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum Cina. Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
Golongan Bumiputera amat sedikit dalam permodalan ataupun memegang mana-mana saham syarikat. Justeru, orang Melayu digalakkan untuk menyertai sektor ini. Hak milik modal saham ini secara keseluruhan dapat dilihat melalui. Kumpulan Hak Milik. Pemastautin Malaysia. Bumputera peseorangan. Agensi amanah. Bukan Bumiputera. Pemastautin Asing. Jumlah juta. Pencapaian-pencapaian Lain. Pencapaian yang dimaksudkan di sini ialah pencapaian dalam sektor industri serta pembangunan bandar dan luar bandar.
Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga kian meningkat, misalnya daripada Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. Ia merupakan satu periga daripada Wawasan Mewujudkan perpaduan Negara yang menjadi asas kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
Mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu sosial, nilai, etika, moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh berkembang.
Tumpuan DPN juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama. DPN akan terus mengamalkan strategi asas DEB untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan sekali gus menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan negara.
DPN bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut: [10]. Mewujudkan keseimbangan di antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi dan pertumbuhan yang saksama.
Mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang. Menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan Negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Malaysia.
Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan jurang pembangunan ekonomi di antara negeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cintakan negara. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya sains dan teknologi sebagai proses pembangunan ekonomi perindustrian moden. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, pemerhatian yang sewajar perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Matlamat pembangunan seimbang yang telah digariskan adalah berdasarkan kepada pertimbangan berikut :. Prinsip pertumbuhan dengan pengagihan adalah penting bagi memastikan agihan kekayaan negara adalah adil dan saksama.
Pembangunan masyarakat yang seimbang adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan soaial. Pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai moral dan etika yang tinggi di samping memiliki sikap positif untuk mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan penyayang. Pengurusan yang cermat ke atas sumber-sumber semulajadi dan ekologi serta pemeliharaan keindahan alam sekitar yang bersih bagi meningkatkan kualiti hidup generasi hari ini dan yang akan datang.
Pada keseluruhannya, DPN bergantung sepenuhnya kepada sektor swasta untuk mengambil daya usaha yang gigih bagi mencapai objektif sosioekonomi negara. Sokongan dan bantuan akan diberi oleh sektor awam menerusi usaha-usaha memperbaiki pertumbuhan dan penyediaan infrastruktur fizikal ke arah pendekatan strategi ekonomi iaitu:. Mengagihkan tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan membuka peluang yang lebih luas bagi sektor berkenaan. Memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan yang seimbang.
Wednesday, 9 August Strategi Membasmi Kemiskinan. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.
Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik sekaligus jurang kemiskinan dapat dikurangkan. Selain itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah.
0コメント